Dasar Privasi & Kuki
Laman web ini dikendalikan oleh MTT Shipping Sdn. Bhd., Unit 13A-1, Level 13A, Tower 8, UOA Business Park, No.1, Jalan Pengaturcara U1/51A, Seksyen U1, 40150 Selangor, Malaysia, Nombor Pendaftaran Perniagaan: 201001034905. (“MTT Shipping”)
1. Skop
MTT Shipping memahami dan menghormati kepentingan privasi pelawat laman web kami. Dasar ini merangkumi data peribadi dan kuki yang digunakan melalui laman web kami. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan syarat-syarat Dasar ini, anda haruslah berhenti menggunakan laman web ini dan padamkan Kuki yang dikumpulkan oleh laman web ini.
2. Data Peribadi
Tiada data peribadi akan dikumpul semasa melayari laman web ini kecuali maklumat yang diberikan oleh anda melalui permohonan dalam talian. Data yang mungkin dikumpul adalah seperti nama, alamat pos, alamat e-mel, usia, minat, jantina, alamat IP dan data peribadi lain di laman web kami. Laman web kami ditujukan untuk penggunaan umum dan MTT Shipping tidak secara langsung mempunyai pengetahuan dalam pengumpulan data peribadi bagi individu di bawah umur 18 tahun.
Kami memproses data peribadi untuk tujuan berikut:
-
Penyediaan perkhidmatan dan produk MTT Shipping dan untuk memenuhi permintaan dan pertanyaan anda
-
Penyediaan buletin yang ditawarkan oleh MTT Shipping
-
Tujuan yang disenaraikan di bahagian kuki di bawah
MTT Shipping boleh memindahkan data peribadi yang dikumpulkan dari laman web kami pada peringkat agregat atau individu ke pelbagai jabatan, anak syarikat, dan syarikat gabungan MTT Group di sekitar Asia Tenggara untuk tujuan yang dinyatakan di atas. Data peribadi yang dikumpul tidak akan diberikan kepada sesiapa di luar MTT Group tanpa persetujuan anda melainkan jika dibenarkan atau diperlukan berdasarkan undang-undang yang berkenaan.
Kami akan padamkan data peribadi anda selepas data yang dikumpul telah diproses untuk tujuan yang dinyatakan di atas. Sekiranya anda telah menyerahkan data peribadi kepada kami, misalnya ketika mendaftar ke buletin, anda menikmati hak tertentu untuk mengakses dan membetulkan data, namun, tertakluk pada peraturan tertentu.
Kami telah melaksanakan langkah keselamatan teknikal yang sesuai untuk melindungi data peribadi anda. Kami menyimpan data peribadi anda di server yang terletak di kemudahan yang selamat, dan penilaian langkah keselamatan kami dilakukan secara berterusan. Server yang digunakan juga dilindungi dengan perisian anti-virus dan firewall.
3. Kuki
Laman web kami menggunakan Kuki, fail teks kecil yang disimpan dalam komputer anda untuk mengenal pasti komputer anda semasa lawatan ke laman web kami. Kuki boleh menghantar maklumat melalui penyemak imbas anda dengan tujuan pengesahan atau pengenalpastian komputer (contohnya melalui alamat IP) atau pengguna. Kuki mungkin mengandungi maklumat seperti data pendaftaran dan pilihan atau keutamaan pengguna. Apabila server kami menerima permintaan dari komputer yang menyimpan kuki dari laman web, server dapat menggunakan maklumat yang disimpan dalam kuki bersama dengan maklumat yang tersimpan di server. Kuki tidak boleh mengumpul maklumat dari komputer anda dan tidak akan membawa virus atau fail lain yang mungkin merosakkan komputer anda.
Pihak ketiga berikut menyimpan kuki berikut di laman web ini:
-
Google Analytics dan Google DoubleClick (disediakan oleh Google Inc.) dan Eloqua (disediakan oleh Eloqua Limited) untuk membolehkan kami:
a) melakukan analisis statistik seperti bilangan pelawat, maklumat mengenai jantina, umur, lokasi, minat dan seumpamanya untuk memahami statistik pelawat kami
b) untuk meningkatkan kemudahan penggunaan laman web, contohnya berdasarkan ukuran lalu lintas laman web
-
Youtube (disediakan oleh YouTube LLC.) untuk menyimpan sesi pilihan (contohnya bahasa) dan mencadangkan kandungan lain berdasarkan penggunaan sebelumnya (hanya diaktifkan semasa anda log masuk ke Youtube ketika mengunjungi laman web kami dan hanya apabila anda menekan butang YouTube)
Anda boleh padamkan kuki jika anda tidak lagi mahu menyimpannya di komputer anda. Walau bagaimanapun, pemadaman Cookies mungkin mengakibatkan resolusi/kualti laman web kami terjejas. Sila rujuk panduan penyemak imbas anda untuk bantuan lanjut.
-
Untuk Internet Explorer, panduan tersedia di sini
-
Untuk Mozilla, panduan tersedia di sini
-
Untuk Chrome, panduan tersedia di sini
-
Untuk Safari, panduan tersedia di sini
4. Pindaan Dasar
Kami berhak untuk meminda dan/atau padamkan privasi dan dasar kuki ini pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini untuk laman web ini.
5. Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau ingin menggunakan hak anda berdasarkan undang-undang berkenaan, sila hubungi Jabatan Privasi kami dengan menghantar e-mel ke mtthqiad@mttshipping.com.my
Sekiranya terdapat sebarang konflik antara Dasar Privasi & Kuki ini dalam versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Malaysia, terma-terma Dasar Privasi & Kuki dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.